Pages

Saturday, February 6, 2016

LESEN PEMANDU BAS KASARI PENUMPANG DIBATALKAN


SPAD


Kuala Lumpur - Pemandu bas ekspres yang mengasari seorang penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang minggu lalu mungkin tidak boleh lagi memandu kenderaan awam.

Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kepada pemandu bas tersebut.

SPAD dalam kenyataan hari ini mengesahkan pemandu berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas expres terlibat.

Dalam insiden 25 Januari yang tersebar di media sosial itu, pemandu bas itu dikatakan naik angin apabila penumpang berkenaan didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.

SPAD berkata pihaknya telah menjalankan siasatan pada Isnin lalu bersama syarikat bas ekspres tersebut, pemandu terbabit dan seorang saksi.

Susulan itu, pengendali bas berkenaan turut dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor