Sikap segelintir pengguna yang lebih gemar memuat naik tentang kesalahan peniaga menaikkan harga barangan di laman sosial daripada membuat laporan rasmi menyukarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengambil tindakan.
Pengarah KPDNKK Pahang, Shaharuddin Jali berkata, pengguna sepatutnya melaporkan terus perkara itu kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil.
"Jika ada laporan rasmi dibuat kami selesaikan masalah itu dengan cepat dengan adanya maklumat serta bukti yang tepat berbanding memuat naik perkara itu di laman sosial," katanya.
Beliau berkata demikian pemberita selepas mengetuai satu operasi ke sebuah pasar raya terkenal di sini selepas menerima aduan orang ramai berhubung tanda harga barang yang mengelirukan.
Bagaimanapun katanya, sebarang maklumat berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga yang dikesan melalui media sosial, pihaknya tetap mengambil tindakan walaupun tiada laporan secara rasmi dibuat.
Katanya, tinjauan akan dilakukan terlebih dahulu di tempat-tempat terlibat untuk menyiasat kesahihan dakwaan yang dimuat naik oleh pengguna sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
Dalam pada itu, Shaharuddin berkata, bermula awal Jan sehingga bulan ini terdapat 15 kes berjaya dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 berbanding 82 kes sepanjang tahun lepas selain 30 kes Akta Timbang dan Sukan 1972 berbanding 138 tahun lepas.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor