Pages

Saturday, February 27, 2016

[KUANTAN] DUA DITAHAN MILIKI RM100 PALSU


Dua ditahan miliki not RM100 palsu


Dua lelaki termasuk seorang penjaga sebuah pusat snuker di Lorong Bukit Setongkol Maju di sini ditahan selepas seorang daripada mereka dikesan memiliki empat keping wang RM100 disyaki palsu, kelmarin.

Rahsia lelaki itu terbongkar selepas ditahan untuk pemeriksaan setelah premis tersebut diserbu sepasukan anggota polis kira-kira jam 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata,hasil serbuan itu, polis menahan dua lelaki termasuk penjaga premis berusia 46 tahun yang ketika itu berada di dalam pusat snuker tersebut.

Menurutnya, suspek yang kelihatan agak cemas menimbulkan kecurigaan lalu kedua-duanya diperiksa dan hasilnya polis menemui empat keping wang kertas RM100 disyaki palsu dalam milikannya penjaga premis itu.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu.

“ Hasil soal siasat, suspek mengaku menerima wang tersebut daripada seorang lelaki,”katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Abdul Aziz berkata, pihaknya turut melakukan ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek dan mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengesan individu yang memberikan wang tersebut kepada suspek,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor