“Makcik belum jenguk keadaan rumah yang terbakar akhir bulan lepas sebab anak-anak bimbang kesihatan makcik terganggu,” kata mangsa kebakaran, Ramlah Ramli, 66.
Sebahagian rumah Ramlah di Felda Keratong 9 musnah dalam kebakaran pada akhir Januari lalu, manakala sebahagian lagi terselamat.
Menurutnya, ketika kejadian, dia dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Jitra kerana terkejut dengan kejadian berkenaan.
“Sejak kejadian itu, makcik rindu nak tengok keadaan rumah, nak sangat tengok macam mana persekitarannya.
“Tapi, anak-anak pula tak bagi sebab makcik ada sakit jantung, takut kesihatan terjejas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Ramlah berkata, dia kini tinggal dan belajar agama di sebuah pondok di Kedah sementara rumah itu didiami anaknya yang menguruskan ladang di situ.
“Syukur sangat sebab makcik dah terima bantuan mangsa bencana dari Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) sebelum ini.
“Makcik rancang bina rumah baru tapi harap ada lah bantuan untuk tampung kos pembinaan.
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Muadzam Shah, Muhammad Nabil Mohamad Fauzi, berkata, pihaknya telah menghulurkan bantuan bencana bagi meringankan mangsa sekeluarga.
“Pihak Muip berharap bantuan itu dapat tampung kos baiki kerosakan rumah itu supaya dapat tinggal semula di situ.
“Saya juga minta penduduk maklumkan kepada pihak kami jika ada bencana seperti rumah terbakar atau dilanda ribut dengan menghubungi talian 09-4523324 atau boleh terus ke pejabat yang terletak di Bandar Muadzam Shah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor