
HARI ini kecoh kononya rumah tangga jutawan kesihatan dan kecantikan D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman goyah.
Berkongsi dengan Sinar Online hari ini Aliff atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak Laris' berkata, buat masa ini beliau belum bersedia untuk berkongsi mengenai perihal itu dengan orang ramai.
"Saya keliru, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya ringkas.
Terdahulu hari ini kecoh di portal-portal media hiburan mengenai isu ini.
Dalam pada itu, pengikut akaun instagram Alif mula beranggapan rumah tangga beliau kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya menimbul persoalan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor