Gombak - Kira-kira 10 hektar hutan di Bukit Batu Kapur Kampung Sri Gombak di sini terbakar sejak awal pagi tadi menyebabkan asap tebal kelihatan sekitar sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, tiga balai terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kira-kira jam 10.42 pagi itu.
Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan sehingga jam 1 petang itu untuk mengawal kebakaran melibatkan hutan yang ketinggiannya kira-kira 60 meter itu.
"Jentera pertama tiba jam 10.49 pagi disusuli bantuan dar balai Rawang dan Gombak Selatan selain Selayang.
"Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan kerja pemadaman masih dilakukan untuk mengawal kebakaran," katanya.
Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau keadaan dari atas disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor