Pages

Monday, February 15, 2016

HARIMAU BELANG TERSESAT MASUK JERAT BABI


Harimau belang tersesat masuk jerat babi


Tapah – Seekor harimau belang tersesat memasuki jerat babi yang dipasang orang asli berjaya diselamatkan dan dibawa ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar Malaysia (NWRC) Sungkai di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Rozidan Md Yasin berkata, harimau berusia antara 14 hingga 17 tahun itu termasuk jerat yang dipasang orang asli di Batu 10, Jalan Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 15 kakitangan NWRC dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima makluman daripada pihak polis.

“Kakitangan NWRC telah melakukan pengawasan pada malam semalam dan operasi bermula pada jam 8 pagi ini untuk membawa keluar harimau terbabit. “Ubat pelali ditembak pada jam 9.40 pagi dan operasi membawa keluar berjalan dengan lancar.

Pemeriksaan mendapati harimau seberat 170 kilogram itu sihat dan selamat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli berkenaan kira-kira jam 1 petang.

“Setelah memaklumkan kepada NWRC, pihak kami menghulurkan bantuan penugasan kepada Jabatan Perhilitan Tapah untuk membuat pengawasan di kawasan jerat berkenaan.

“Bantuan diteruskan sehinggalah operasi membawa keluar dari kawasan Ladang Eden dan mengiringi lori milik Perhilitan hingga selamat tiba di NWRC,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor