Pages

Saturday, February 20, 2016

GURU DAPAT NOTA KERANA CONTENG IQRA




Tersebar menerusi laman sosial sekeping gambar dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai bertuhas sebagai guru, berkaitan sekeping nota yang dilekatkan di atas buku Iqra’.

Di atas nota berkenaan tertulis amaran yang menyatakan supaya guru terbabit tidak menconteng buku Iqra’ tersebut kerana ia dibeli bukan menggunakan hasil duit guru berkenaan.

Jelas nota tersebut lagi, bahawa waris kepada pemilik buku berkenaan tidak berpuas hati akan cara pengajaran oleh guru terbabit.

Gambar nota yang dilekat pada buku Iqra’ berkenaan mula dimuat naik ke akaunFacebook milik seorang penulis, Norhayati Berahim, dan mula viral sejak Khamis.


Tindakan ibu bapa berkenaan nampaknya telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen, khususnya golongan pendidik dan sebahagian ibu bapa.

Rata-rata berpendapat bahawa, ia merupakan satu proses pembelajaran. Contengan ibarat nota yang memudahkan untuk difahami dan peringatan untuk masa hadapan supaya kesalahan sama tidak berulang.


Ramai dalam kalangan ibu bapa yang turut menyuarakan pandangan berkenaan isu terbabit, kebanyakkannya tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Jika dibandingkan proses pembelajaran dan pengajaran zaman dahulu jauh berbeza dengan hari ini. Guru tidak berhak untuk hukum pelajarnya, jika berbuat sedemikian, guru pula yang akan dimarah oleh ibu bapa pelajar terbabit.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor