
Kota Tinggi - Seekor dugong ditemui mati terdampar di kawasan Pantai Tanjung Logok di sini, kira-kira jam 2.50 petang semalam.
Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi berkata, bangkai dugong berukuran 2.33 meter panjang dan berdiameter 0.84 meter itu ditemui penduduk kampung, seterusnya mereka memaklumkan kepada pihak jabatan.
“Haiwan mati itu dipercayai telah berada dalam proses pereputan dan perutnya juga sudah busuk.
“Kita akan buka kertas siasatan untuk siasat punca haiwan tersebut ditemui terdampar di kawasan perairan Johor,” katanya.
Ini adalah penemuan kedua bagi hidupan laut terancam selepas ikan paus yang ditemui di Batu Pahat selepas pertama kali dikesan di Pontian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor