Pages

Monday, February 1, 2016

CABARAN NEGARA TERSEKAT


Cabaran negara tersekat


Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Cleveland Classic berakhir apabila dua pemainnya kalah dalam aksi pembukaan di Cleveland Racquet Club di Ohio, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut laporan laman www.squashsite.co.uk, langkah pemain nombor dua negara dan pemain pilihan ketujuh kejohanan itu, Low Wee Wern, tersekat apabila kalah kepada pemain tidak ternama dari India, Dipika Pallikal, 2-11, 9-11 11-9 and 9-11.

Juara kebangsaan, Delia Arnold juga terkandas apabila kalah kepada pemain pilihan utama dari Perancis, Camille Serme 8-11, 2-11 dan 4-11.

Mengikut format kejohanan itu, pemenang pusingan pembukaan secara automatik layak ke peringkat suku akhir.

Ratu skuasy Malaysia dan juara bertahan, Datuk Nicol David pula tidak menyertai kejohanan itu, dipercayai untuk membuat persiapan menghadapi Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat dan Terbuka Britain.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor