Kampar - Pengguna diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mengesan ada peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau menjelang sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata laporan itu penting bagi memastikan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.
"Saya percaya jika pengguna memainkan peranan mereka, harga barang akan jatuh pada harga yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah KPDNKK Perak Meor, Ismail Meor Akim.
Sebanyak 13 jenis makanan segar disenarai di bawah skim berkenaan yang berkuat kuasa mulai semalam hingga 14 Februari ini, untuk memastikan pengguna memperoleh barangan musim perayaan pada harga berpatutan selain menyekat peningkatan harga yang melampau.
Antara barangan kawalan itu ialah ayam hidup, ayam diproses, telur ayam, kobis bulat import, bawang putih China, ikan bawal putih, babi hidup, daging dan perut babi.
Katanya bagi memastikan skim mencapai matlamatnya, pegawai penguatkuasa akan ditempatkan di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani bagi menjalankan pemeriksaan.
Sudahlahh...laporan yg dulu dulu kau buat apa...perkasam.Raya Cina sibuk buat kawalan harga...dah tau yg jual pun cina...tentu harga tak naik...Buat kawalan harga hari raya lah ...baru org tau kau bekerja atau berlakon.
ReplyDelete