New York - Seorang lelaki berpakaian superhero Batman ditahan di Times Square selepas mencuri AS$50 (RM210) dari seorang pelancong, lapor the New York Post.
Jose Escalona Martinez, 42, berpakaian seperti Batman dan bergambar bersama dua pelancong warga Ireland di Broadway berdekatan 44th pada jam 8.30 malam waktu tempatan dan didakwa meragut wang tunai dari salah seorang pelancong sebelum bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun, superhero itu kemudiannya berjaya ditahan pihak berkuasa.
Escalona-Martinez akan didakwa atas tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.
Sementara itu, pihak polis sedang memantau aktiviti individu yang memakai kostum selepas beberapa kejadian jenayah dilaporkan.
Sebelum ini, Philip Williams, 38, yang berpakaian Darth Vader didakwa kerana secara haram memeras ugut bagi mendapatkan tips selepas bergambar dengan pelancong pada Disember lalu.
Malah pasangan yang memakain kostum Iron Man dan Minnie Mouse turut ditahan selepas memaksa pelancong memberi wang selepas bergambar dengan mereka dan turut mendakwa duit berkenaan akan disalurkan kepada tabung persekolahan kanak-kanak.
Pengkritik turut mengesa pengharaman ke atas watak-watak, tetapi polis berkata mereka mempunyai hak perlembagaan untuk berada di sana.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor