Marang - Seorang peniaga kedai emas kerugian kira-kira RM 20,000 selepas satu dulang barangan kemas di premisnya di Bukit Payung di sini dilarikan seorang wanita, semalam.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 hingga 5 petang semasa peniaga berkenaan dan isterinya menunaikan solat Asar selepas pintu jeriji besi premis berkenaan dikunci.
Bagaimanapun, katanya sebaik selesai menunaikan solat, pasangan berkenaan mendapati sedulang barangan kemas yang ditempatkan di ruang pameran kedai mereka telah lesap.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang wanita telah melarikan barangan kemas berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Gerakan memburu wanita yang berusia sekitar 30-an itu sedang giat dijalankan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor