Pages

Monday, January 25, 2016

UGUT SERANG MALAYSIA: POLIS TAK TAKUT AMBIL TINDAKAN


Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Polis tetap akan meneruskan langkah membanteras kegiatan teroris walaupun mendapat ancaman dan amaran daripada pengganas IS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tetap akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

"Kita akan tangkap sesiapa sahaja yang melakukan kegiatan jenayah.

"Suka atau tidak itu yang polis akan lakukan,” katanya ketika ditemui di Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan, hari ini.

Melalui video bertajuk 'Mesej Awam Kepada Malaysia', unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara memberi amaran akan membalas dendam selepas beberapa ahlinya diberkas.

Antara rakamannya berbunyi, “jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

“Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang ALLAH,” kata rakaman itu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor