Pages

Monday, January 25, 2016

[TEMERLOH] PEMUDA TERLANTAR AKIBAT NAHAS PERLU BANTUAN


Pemuda terlantar akibat nahas perlu bantuan


Seorang pemuda terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dengan terlantar di atas katil selepas terlibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Wan Mohd Firdaus, 26, kini dijaga kakaknya, Farah Zaina Wan Mohd Azmi di rumahnya di Taman Seri Semantan di sini selepas ibu mereka meninggal dunia beberapa bulan lalu.

Farah Zaina berkata, dia berdepan kesukaran kerana kos penjagaan adiknya mencecah RM1,500 sebulan sedangkan pendapatan suaminya sebagai pemandu lori tidak seberapa.

“Adik saya bergantung hidup dengan minum susu berharga RM80 satu tin, dalam sebulan dia perlukan 13 tin.

“Hanya susu itu saja yang boleh dijadikan makanan sejak sakit, adik saya kena pakai lampin pakai buang setiap masa," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Parlimen Temerloh yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Menurutnya, dengan harga barang keperluan semakin meningkat dan kos sara hidup yang tinggi, dia tidak mampu menyediakan keperluan adiknya itu.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 0640029000428710 atau hubungi talian 012 9840117.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor