PORTAL PAHANGKU

(Sejak 3.11.2010, 4.30PM) Hantar maklumat dan artikel ke: editor.pahangku@gmail.com Tel/Fax: 09-5054180

Pages

▼

Saturday, January 2, 2016

STADIUM PINK, LOGO KAFA PINK 'BANJIRI' FACEBOOK


Stadium pink, logo Kafa pink 'banjiri' Facebook


Shah Alam - [VIDEO] Selepas ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan syarat agar Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu, sekiranya menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) 'profile' dan 'cover' Facebook pelayar media sosial hari ini, dibanjiri dengan profile stadium Kelantan itu berwarna merah jambu. 

Tinjuan Sinar Online di media sosial mendapati ramai pelayar media sosial 'menyambut' saranan itu dengan mengubah profile dan cover Facebook mereka dengan 'warna merah jambu'. 

'Jambu la The Red Warrior (TRW) pahni (selepas ini)," kata Haikal selepas memberi komen ke atas profile stadium merah jambu yang terpampang di cover Facebook penyokong Kelantan. 

Terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat kepada Kafa sebelum bersedia menaja badan induk itu. 

Menurut Dr Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, antara syarat yang dikenakan ialah Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu untuk menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan.

Sumber

Admin PahangKu at 3:00 PM

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.