Gambar Hiasan
Kuala Lumpur – Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mendapat persetujuan rasmi itu pada pukul 3.30 petang semalam.
“Saya baru habis mengadap Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) pukul 3.30 petang tadi menyampaikan hasrat Datuk Seri Vida (Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman) untuk menukar wajah stadium.
“Permohonan telah diluluskan. Cuma `detail’ dan cara kerja kita kena berurusan dengan perbadanan stadium. Syukur,” umumnya dalam akaun Facebook beliau, semalam.
Media sebelum ini melaporkan Hasmiza atau lebih popular dengan gelaran Dr. Vida bakal menjadi penaja utama pasukan Kelantan selama dua musim dan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA.
Sebelum ini, Dr. Vida mencetuskan kontroversi apabila mahu Stadium Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu selain menukar nama pasukan kepada “Pamoga Qu Puteh” The Red Warriors sebagai syarat tajaan lebih RM16 juta.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor