JAKARTA - INDONESIA. Polis mengesahkan bendera kumpulan militan IS ditemui bersama-sama penyerang dalam insiden letupan berhampiran pusat membeli belah di sini semalam, lapor AP.
Jurucakap polis Indonesia, Anton Charliyan memberitahu wartawan, bendera berwarna hitam kumpulan militan IS ditemui pada salah seorang penyerang dan polis percaya mereka mahu mendedahkan identiti mereka.
"Dua dari lima lelaki berkenaan pernah disabitkan dan dipenjarakan atas kesalahan keganasan," kata Anton yang bagaimanapun tidak mendedahkan nama penyerang tersebut.
Dalam pada itu, polis memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa mereka telah menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan terhadap serangan di Jakarta.
[ARTIKEL BERKAITAN: Serangan di Jakarta ada kaitan dengan IS]
Ketua Polis Depok, Kol.Dwiyono memberitahu Metro TV, ketiga -tiga lelaki berkenaan ditahan di kediaman mereka di Depok, pingir Jakarta.
Metro TV turut menyiarkan rakaman lelaki bergari diiringi oleh polis.
Pada kejadian pukul 10.50 pagi semalam, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin, Jakarta.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor