Pages

Tuesday, January 26, 2016

POLIS SIASAT IDENTITI PELUNCUR AKSI NGERI


Polis siasat identiti peluncur aksi ngeri


Seremban - Polis sedang menyiasat identiti peluncur aksi ngeri, yang bertindak meluncurkan badannya menggunakan papan selaju di Jalan Seremban - Bukit Putus di sini, hari ini.

Peluncur yang menggunakan alatan dikenali sebagai "bodies longboard" itu didapati melakukan aksi ekstrem di jalan raya utama ke Bukit Putus secara merbahaya.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintenden Zainudin Ahmad berkata, pihaknya mendapat beberapa maklumat awam mengenai aktiviti ngeri tersebut melalui laman sosial serta pengguna jalan raya.

Katanya, aktiviti ngeri dan lagak berani itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Video aksi ngeri yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok di halaman FBnya, yang menunjukkan aksi bahaya seorang individu meluncur di jalan raya di Jalan Seremban - Bukit Putus.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor