Jakarta - Seorang anggota Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres) ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu di Lapangan Terbang Kualanamu di Medan semalam.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik jurucakap polis lapangan terbang itu, Wisnu Budi sebagai berkata, polis menemui dadah seberat 0.38 gram di dalam topi yang dipakai anggota Paspampres itu.
Katanya, pada kejadian lewat petang itu, pasukan pengawal keselamatan lapangan terbang mengesan dadah yang disembunyikan di dalam topi tersebut ketika lelaki terbabit memasuki ruang pemeriksaan imbasan.
Siasatan awal mendapati anggota Paspampres itu dalam perjalanan persendirian dari Medan ke Jakarta, katanya.
Beliau berkata, lelaki yang bertugas dalam pasukan Unit Trafik Pengiring Presiden, Batalion Pengawalan Protokol Negara kini ditahan untuk siasatan lanjut di Balai Polis Militer Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat di Medan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor