Pages

Friday, January 8, 2016

NAJIB ARAH KEMENTERIAN TANGANI MASALAH ICU HTAA


Najib Tun Razak


Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya segera mengambil tindakan untuk menangani masalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau juga mahu kementerian itu mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani masalah pendingin hawa di unit berkenaan.

"Saya ambil perhatian akan laporan akhbar The Star hari ini berkenaan keadaan Unit Rawatan Rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), sila ambil tindakan segera menyiasat perkara ini dan mempercepatkan kerja pembaikan serta menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu ini secepat mungkin," katanya dalam catatan dalam laman Facebook beliau.

Akhbar berkenaan melaporkan penghawa dingin di ICU hospital itu tidak berfungsi dan tingkap dibiarkan terbuka bagi membolehkan udara masuk selain kipas berdiri digunakan untuk menyejukkan pesakit dan peralatan penting.

Kakitangan di unit itu juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas dan tiada jalan penyelesaian atau segera diambil.

Akhbar itu memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar sebagai berkata bahawa sistem pendingin hawa yang uzur di blok itu sudah tidak berfungsi sejak tiga bulan lepas.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor