Pages

Sunday, January 10, 2016

LAPAN KERUSI PAS DI SELANGOR MUNGKIN TERANCAM


Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam


Kuala Lumpur - Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam apabila bukan sahaja terpaksa berdepan Umno malah DAP selepas parti itu mengumumkan akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, Pas bakal berdepan musuh baru namun pihaknya mahu jentera pilihan raya Pas terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan lima lagi kerusi baharu.

"Kita baru kesan dua dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.

"Kita juga pertimbangkan lima kerusi baru sebab kajian yang dibuat, Pas boleh menang," kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dalam ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor