Pages

Sunday, January 17, 2016

[KUANTAN] TEATER PERKISAHAN SEJARAH 'SPEAR' DI PANGGUNG SUNGAI LEMBING



Saya bersama YH Dato' Mohd Mansor Abdullah Ketua 1 DPMP, Sdr. Ab. Rahman Hj Yusuf, Sdr. Adi Cakrawala, Sdri. Ifa dari Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berpeluang menonton teater 'SPEAR' yang dipentaskan di Panggung di Sungai Lembing petang semalam (16.1.2016).

Terima kasih kepada YH Dato' Zulkifli Hj. Yaakob, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan, kerana banyak memberikan keistimewaan kepada kami sepanjang masa sebelum dan selepas mononton teater 'Spear' ini.

Menurut Dato' Zulkifli 'Spear' dipentaskan dua kali sebulan, iaitu setiap Sabtu minggu pertama dan minggu ke-3 dan 2 kali sehari. Pementasan sebelah pagi jam 10 didalam bahasa Inggeris dan jam 3 petang didalam bahasa Melayu.

Menurut beliau lagi, para pelakon teater 'Spear' adalah terdiri dari kalangan staf MPK sendiri selain dari para penari yang didatangkan khas kumpulan kebudayaan.

Tiket masuk berharga RM7.00 bagi dewasa boleh dibeli dipintu masuk panggung atau dengan menghubungi nombor berikut untuk membuat tempahan serta mendapat maklumat;
09-5121604/615 ~ Bahagian Perhubungan Awam, MPK
09-5735239/40 ~ Bahagian Pelancongan, MPK
019-9713727 ~ En. Aiman, Unit Sg. Lembing, MPK.

Pandangan ringkas saya, teater ini harus ditonton kerana ianya banyak berkisar kepada sejarah Sg. Lembing itu sendiri. Saya juga merasakan ianya sangat menarik dan berhasrat untuk menontonya sekali lagi bersama anak isteri serta cucu-cucu saya jika ada peluang nanti, Insyallah.


Adi Cakrawala berkata sesuatu kepada YH Dato' Zulkifli, YDP MPK sambil
diperhatikan oleh YH Dato' Mohd Mansor Abdullah, Ketua 1 DPMP


YH Dato' Zulkifli bersama staf MPK ketika menonton pementasan


Aksi-aksi pementasan








 
Persiapan diakhir pementasan.


~ Editor.
PahangKu Media.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor