Pages

Wednesday, January 6, 2016

[KUANTAN] MB PAHANG MENYUMBANG RM10 RIBU KEPADA RANIA



05.01.2016.  Usaha untuk pembedahan Nik Nur Amni Rania berusia 15 bulan bagi menjalani pembedahan transplant hati akan dilakukan di India secepat mungkin.
Rania serta ibu dan bapanya akan berangkat ke India pada khamis ini apabila sumbangan untuk pembedahannya berjumlah RM240,000.00 berjaya diperolehi daripada masyarakat negara ini.
Menteri Besar Pahang yang diwakili Exco Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dato' Shahaniza Shamsuddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000.00.
Rania yang mengalami biliary atresia atau kegagalan fungsi hati akan menjalani pembedahan hati daripada ibu atau bapanya mengikut kesesuaian genetik mereka. Perubatan mereka mengambil masa 3 bulan.
Dato' Shahaniza berkata kerajaan Pahang akan terus membantu perubatan susulan Rania sekembalinya dari pembedahan di India.
Menurut beliau lagi, terdapat ramai lagi rakyat Pahang yang mengalami kesukaran dari segi perubatan kesihatan dan kerajaan prihatin untuk terus membantu golongan-golongan itu. Beliau juga menasihat ibu-ibu tunggal untuk mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat agar mudah untuk menyalurkan bantuan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor