Pages

Wednesday, January 20, 2016

[KUANTAN] ITU BUKAN LORI ANGKUT BAUKSIT

Lori disahkan bawa arang batu, abuk 



“Tiada sebarang pergerakan lori bauksit seperti didakwa sepanjang moratorium yang bermula sejak Jumaat lalu,” itu reaksi Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman.

Menurutnya, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat pergerakan lori yang mencurigakan melalui kawasan Balok ke Pelabuhan.

“Kita telah menyiasat dan mendapati terdapat tiga aktiviti yang melibatkan pergerakan lori sama tetapi mereka memunggah bahan lain.

“Kami dapati lori terlibat memunggah arang batu dari pelabuhan untuk dihantar ke kilang simen di Bukit Sagu manakala lori tipper pula mengangkut batuan untuk projek pemecahan ombak dan memunggah abuk bagi kegunaan dalam pelabuhan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan semalam, berhubung khabar angin kononnya lori bauksit masih menjalankan kerja pengangkutan meskipun tempoh pemberhentian sementara telah bermula.

Bagaimanapun Ali Akbar berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan setiap kali menerima aduan daripada masyarakat setempat.

“Geram amat memerlukan aduan orang ramai dan kami segera membuat siasatan demi kesejahteraan bersama. Apa yang kita harapkan moratorium ini akan berjalan dengan baik,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor