Empat pegawai bahagian penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima suapan daripada pengusaha bauksit haram yang dianggarkan berjumlah RM100,000 hingga RM200,000.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Bakri berkata, keempat-empat suspek berumur 30 hingga 38 tahun ditahan kira-kura jam 6 petang hingga 9 malam semalam di kediaman masing-masing.
Menurutnya, siasatan yang dijalankan sejak dua bulan lalu apabila menerima maklumat daripada orang awam.
"Hasil siasatan kita dapati suspek dipercayai menjual borang 13D dengan tujuan sebagai jaminan perlindungan daripada tindakan penguatkuasaan.
"Masing-masing direman selama tujuh hari dan saya berharap kertas siasatan disiapkan supaya mereka dapat didakwa dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat SPRM di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor