Pages

Tuesday, January 19, 2016

KEMENTERIAN KERJA RAYA TUBUH 'RAKAN KKR' HUBUNGKAN RAKYAT DENGAN KERAJAAN



Pulau Duyung, Kuala Terengganu - YB. Dato' Sri Hj Fadillah Hj Yusof, Menteri Kerja Raya dalam satu pertemuan dengan pengamal media sosial disini semalam (18.1.2016) memaklumkan usaha kerajaan dan kementeriannya mewujudkan jaringan media sosial dalam 'Rakan KKR' (Rakan Kementerian Kerja Raya) melalui aplikasi facebook, twitter, blog serta whatsapp.

Tujuannya adalah menjadi penghubung diantara rakyat dengan kementeriaan bagi memberi segala maklum balas kepada usaha agensi-agensi dibawah kementeriannya terutama sekali Jabatan Kerja Raya yang mana sering menerima aduan dari rakyat.

Selain itu, 'Rakan KKR' juga akan menjadi penghubung dengan agensi-agensi lain dengan mengambil tindakan kepada segala aduan yang tidak berkenaan dengan tanggungjawab kementerian dan agensi berkenaan akan juga disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan.

Menurut beliau lagi, segala aduan akan diberi respon dalam masa 24 jam berdasarkan kepada kes tertentu. Dalam keadaan tertentu, Jabatan Kerja Raya telah terbukti mampu jadi 'reliable sources' kepada masyarakat, umpamanya pada ketika banjir dimana banyak jalan-jalan ditutup dan laman media sosial JKR jadi rujukan.

Rakyat juga akan jadi pelapor kepada Kementerian dalam menyalurkan maklumat sama ada dalam bentuk aduan dan sebagainya, justeru hubungan dalam jaringan sebegini sangatlah diperlukan dan Rakan KKR akan jadi saluran interaksi diantara rakyat dengan kerajaan.








No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor