Putrajaya - Kementerian Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam meningkatkan aspek keselamatan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berikutan ancaman dan serangan kumpulan pengganas yang berlaku sejak akhir-akhir ini termasuk di Jakarta pada Khamis lalu.
Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara lokasi tumpuan adalah di sekitar ibu negara seperti pusat beli-belah, kawasan tarikan pelancong dan lokasi penganjuran acara keramaian.
Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya perlu bagi memastikan keselamatan awam terjamin.
“Saya telah mengarahkan agensi penguatkuasaan kementerian untuk bersiap siaga dan mengawal kawasan tumpuan orang ramai dengan lebih ketat. Penguatkuasaan ini juga melibatkan pertambahan pegawai penguat kuasa.
“Saya nasihatkan orang ramai jika terdapat individu dan perkara yang mencurigakan, laporkan kepada pihak keselamatan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kempen Kibar Bendera sempena Hari Wilayah Persekutuan 2016 di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor