Seorang lelaki tidak menyedari perilakunya menonton filem Bollywood Diwale versi cetak rompak ketika dalam penerbangan rupa-rupanya diperhatikan oleh pelakon filem berkenaan yang turut berada disebelahnya.
Salah seorang pelakon filem itu, Kritin Sanon memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan perilaku lelaki berkenaan menonton filem itu di laman mikro Twitternya yang diretweet sebanyak 1,294 kali dan dan 2,634 like.
"Seseorang menonton filem Diwale versi cetak rompak di hadapan saya dalam pesawat. Menjengkelkan," tulisnya.
Kriti Sanon berada dalam penerbangan ke New Delhi dengan ibunya minggu lalu apabila seorang lelaki menggunakan projektor iPhone untuk menonton filem Dilwale yang masih ditayangkan di pawagam.
Pelakon itu turut melahirkan rasa sedih kerana melihat usaha keras orang lain ditonton dengan cara sebegini.
“Sedih untuk melihat usaha keras orang lain ditonton dengan cara yang sebegini. Tolong tonton filem di pawagam.” tulisnya lagi.
Filem Diwale dibintangi aktor terkenal Shah Rukh Khan dan Kajol dan turut mendapat kutipan tertinggi di Malaysia iaitu AS$400,000 (RM1.7 juta) selepas 10 hari ditayangkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor