Pages

Tuesday, January 26, 2016

JERITAN WANITA SELAMATKAN DARIPADA DIRAGUT


Jeritan wanita selamatkan daripada diragut


Kota Bharu - Jeritan seorang jururawat mengagalkan cubaan lelaki warga Indonesia dari melarikan beg wanita sebelum polis berjaya menahannya‎ di hadapan tempat parkir Mydin Kubang Kerian di sini petang tadi.‎

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa‎ Wan Nor Aishah Wan Ismail, 36, ‎bersama dua anaknya berusia 8 dan 5 tahun baru sahaja selesai mengeluarkan wang tunai di sebuah bank di kawasan terbabit berjumlah RM21,000.

Mangsa dipercayai diekori suspek terbabit ketika wanita itu hendak masuk ke dalam keretanya dan secara tiba-tiba suspek terus meragut beg tangan wanita itu.

Ketika‎ kejadian, anak suspek turut ditolak ke dalam kereta dan mangsa bertindak menjerit meminta tolong.

Jeritan mangsa didengari anggota polis yang secara kebetulan berada dikawasan berhampiran pasaraya itu.

Empat anggota polis bertindak mengejar peragut yang cuba melarikan beg tangan wanita itu.

Suspek yang panik terus mencampakkan beg tangan wanita itu dan akhirnya berjaya ditahan‎.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mangsa turut mengalami patah pergelangan tangan kiri dan cedera di siku kanan.

"Kini mangsa menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor