Pages

Friday, January 15, 2016

[JERANTUT] FIESTA FERI WATERFRONT



Jerantut sebagai pintu masuk ke Taman Negara bahkan ingin dikenali sebagai 'Bandar Taman Negara' membuka tirai tahun baharu 2016 ini dengan mengadakan acara bagi menarik pelancong domestik dan luar negara.

Sehubungan dengan itu, bermula 15hb hingga 17hb Januari nanti, beberapa badan NGO dengan kerjasama Majlis Daerah Jerantut mengadakan satu acara yang dinamakan  'Fiesta Feri Waterfront'.

Keterangan penuh fiesta berkenaan sepertimana siaran media di bawah ini;


Siaran Media:


1.Fiesta Feri WaterFront Jerantut bertempat di Jerantut Feri, Jerantut buat julung-julung kalinya diadakan pada 15 hingga 17 Januari 2016.Ianya bertujuan untuk memperkenalkan Feri Waterfront Jerantut sebagai sebuah lokasi pelancongan bagi Daerah Jerantut.


2.Program ini juga bertujuan memperkenalkan produk-produk IKS di bawah seliaan MARA dan Koperasi Kampung serta pendedahan tentang Pendidikan perniagaan dan keusahawan kepada pengunjung-pengunjung.


3.Pelbagai Agensi- Agensi perniagaan seperti SSM , Mara , Agrobank dan sebagainya akan memberi tunjuk ajar kepada pengunjung yang hadir.


4.Program ini adalah dianjurkan bersama oleh Majlis Daerah Jerantut,Kelab Setiakawan Jerantut dan Mai-Q.Turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi-agensi kerajaan.


5.Program bermula seawal Jam 3 petang pada 15hb Januari dengan pengisian demonstrasi pembenihan ikan air tawar oleh Kolej Komuniti Jerantut.Pameran dari Agensi - agensi kerajaan, jualan dari Fama dan peniaga-peniaga CarBooth Sales Jerantut.


5.Juga pada sebelah malam akan diadakan Pengisian Keagamaan iaitu Forum Perdana oleh Alfadhil Ust Norhamizi Bin Jamaluddin dan Alfadhil Ust Mahmood bin Mad.Forum ini bertajuk " Nabi Muhammad (S.A.W) Model Ushawan" bakal dipengerusikan oleh Pegawai Jasa Daerah Jerantut, Ust Muhd Sofi bin Hj Hamzah.


6.Pada 16hb Januari pula Fiesta ini akan diteruskan dengan pengisian Pameran , Demontrasi masakan oleh ECER, Bicara "sharing is caring" oleh Mai-Q,Pertandingan Memasak Ikan Patin ,antara JKKK Jerantut, Pertandingan memancing dan banyak lagi.


7.Juga turut diadakan pertandingan kesenian & kecantikan Ayam Serama yang bakal merebut piala Tourism Pahang.Pertandingan ini bakal dihadiri hampir 350 penyertaan dari seluruh negara.


8.Pada Sebelah Malam 16 hb Januari akan diadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Feista Feri Waterfront oleh YB Dato Sri Hj Mohd Shakar b.Hj Shamsuddin, Exco Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang.


9.Pameran dan Jualan akan terus diadakan sehingga Tarikh 17 Januari 2016 disamping pengisian seperti sukan rakyat, xpresi anak muda,pertandingan mewarna dan banyak lagi.


10.Penganjuran Fiesta Feri Waterfront ini diharapkan akan sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada usahawan-usahawan IKS dan tempatan serta mampu memberi manfaat dari sudut pengetahuan berkaitan hal pelancongan,pertanian,perniagaan kepada seluruh pengunjung yang hadir.


Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis dan acara yang disediakan..

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor