Pages

Monday, January 4, 2016

ISU TAJAAN: TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAD KAFA


Isu tajaan: Tunggu keputusan muktamad Kafa


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka memuktamadkan keputusan berhubung penajaan Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan The Red Warriors (TRW) dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, keputusan tersebut bakal diketahui sebaik presidennya, Tan Sri Annuar Musa kembali daripada mengerjakan umrah, pada 7 Januari ini.

“Memang secara dasarnya kita bersetuju dengan tawaran penajaan itu. Namun masih ada banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan lebih lanjut sebelum satu keputusan terbaik dicapai.

“Banyak perkara lain yang perlu kita lihat, misalnya apa yang boleh kita berikan dalam bentuk pulangan maksimum kepada syarikat itu sekiranya menaja pasukan Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Rosmadi turut berharap semua pihak berhenti daripada mensensasikan polemik tajaan itu memandangkan kedua-dua pihak masih lagi berada dalam proses rundingan, ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida dilaporkan meletakkan dua syarat iaitu Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW sebelum bersedia menaja badan induk bola sepak negeri itu.

Menurutnya, Kafa perlu memperhalusi dua syarat tersebut memandangkan ia turut melibatkan Kerajaan Kelantan kerana stadium berkenaan adalah di bawah kelolaan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

“Macam tukar warna stadium, Kafa boleh bersetuju dengan syarat itu tetapi kita kena tengok pula kelulusan daripada kerajaan negeri,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor