Beirut - Kumpulan militan IS kelmarin mengesahkan kematian Jihadi John dengan mengatakan dia terbunuh dalam satu serangan udara di Raqqa, Syria, November tahun lalu.
Mohammed Emwazi, terkenal sebagai lelaki bertopeng dan dalang yang bertanggungjawab memenggal kepala tebusan warga asing dari Barat dalam siri rakaman video dirakamkan kumpulan itu.
Menerusi majalah dalam talian IS, Dabiq, Emwazi dilaporkan terkorban pada 12 November lalu selepas kereta yang dinaiki menjadi sasaran serangan dron di bandar Raqqa lapor AFP.
Difahamkan, dunia mengenalinya sebagai pembunuh kejam yang bercakap menggunakan bahasa Inggeris dan digelar Jihadi John selepas tebusan menggelar sekumpulan penjaga IS sebagai The Beatles.
Kemunculannya buat pertama kali adalah pada Ogos 2014 dalam video memaparkan pemenggalan kepala pengamal media bebas Amerika Syarikat, James Foley, 40, yang ditangkap di Syria pada 2012.
Emwazi yang juga merupakan seorang pengatur cara komputer dilahirkan di Kuwait namun dibesarkan di London sejak berusia enam tahun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor