Pages

Saturday, January 16, 2016

GUA JADI RUMAH IDAMAN


LONDON - Impian seorang lelaki Britain untuk tinggal di dalam gua tercapai selepas dia berjaya mengubah suai sebuah gua berusia 250 juta tahun di England sebagai rumah idamannya, baru-baru ini.

Untuk menyiapkan rumah idamannya itu, Angelo Mastropietro, 38, terpaksa membelanjakan kira-kira 160,000 pound (RM1 juta) bagi mengubah suai gua yang terletak di Wyre Forest, Worcestershire tersebut mengikut citarasanya.

Kerja ubah suai itu pula memakan masa selama 1,000 jam bagi kerja memecah, memotong, dan mengorek kira-kira 80 tan batu sebelum Mastropietro akhirnya dapat memasang sistem WiFi, saliran paip, dan pemanas di dalam gua berkenaan.

“Saya mahu tinggal di sebuah tempat di mana saya akan mempunyai kehidupan yang sihat dan gembira,’’ katanya sebagaimana dilaporkan Mail Online.

Mastropietro merupakan ketua di sebuah syarikat pengambilan pekerja di Australia selama 10 tahun sebelum kembali semula ke Britain pada 2010.

Bapa kepada dua orang anak itu membeli gua berkenaan yang pernah didiami dan terbiar sejak tahun 1946 pada harga 62,000 pound (RM391,891).

Katanya, dengan peruntukan sebanyak 100,000 pound (RM634,669), dia memilih untuk membuat kerja pengubahsuaian itu sendiri di sebalik faktor kesihatannya sebelum ini.

“Saya suka akan cabaran dan secara kebetulan, nama keluarga saya bermakna ‘tuan batu’, mungkin jiwa itu sudah mengalir di dalam darah saya.

“Saya tidak kisah membina rumah ini dengan keringat sendiri kerana memang ini yang saya mahukan, sama seperti saya mewujudkan syarikat saya,’’ kata Mastropietro. - Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor