Kota Kinabalu - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 1 manakala rakannya diberi rawatan oleh petugas pantai selepas mereka dipercayai disengat obor-obor ketika mandi di pantai Tanjung Aru, dekat sini, semalam.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Sabah, Kol. Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu mangsa, Herdoline Mijan, 12, dihantar ke hospital akibat sengatan di bahagian muka.
Katanya seorang lagi mangsa, Andley Edward, 9, disengat di bahagian kaki dan diberi rawatan di menara petugas pantai.
"Anggota Petugas Menara Pantai telah memberi rawatan kecemasan kepada dua kanak-kanak tersebut sementara menunggu ambulans tiba," kata Mulliadi dalam kenyataan di sini semalam.
Menurutnya kira-kira jam 9 pagi itu, Petugas Menara Pantai telah menaikkan bendera merah setelah membuat pemantauan di air dan mendapati banyak obor-obor putih.
Mereka turut menasihati pengunjung agar tidak membuat aktiviti air bagi mengelak daripada disengat oleh obor-obor.
Bagaimanapun, katanya masih ada sesetengah pengunjung tidak menghiraukan nasihat tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor