Kepala Batas - DAP sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan parti itu ditawarkan RM1.2 bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata DAP seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang membuat dakwaan itu sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah serius.
"Tindakan berdiam diri akan menyebabkan masyarakat beranggapan dakwaan berkenaan adalah benar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini hari ini.
Pada 2 Januari lepas, sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap 'seorang pemimpin kanan politik' yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor