Pages

Sunday, January 17, 2016

CHINA DAKWA KRISIS EKONOMI MUNGKIN BERULANG

mata wang China



BEIJING - CHINA . Diplomat China mengingatkan dunia bahawa krisis kewangan mungkin boleh berulang lagi, setelah keadaan kewangan dunia berada dalam keadaan yang tidak menentu sepertimana yang berlaku pada awal tahun ini.

Memetik laporan AFP, melaporkan selain itu kelambatan ekonomi di China kini mungkin menjadi salah satu faktor kepada kebimbangan tersebut.

"Tidak mungkin untuk menafikan bahawa kemungkinan krisis ekonomi sekali lagi akan berulang. Masalah ini tidak boleh diabaikan," kata Penasihat Kewangan Negara China Yang Jiechi.

Sementara itu, ketika menjawab mengenai pertemuan Negara G-20 yang akan mengadakan pertemuan pada September 2016 di kota Hangzhou, Yang mengingatkan ahli anggota mengenai peri pentingnya ahli untuk bekerjasama bagi menghindari krisis kewangan global pada tahun 2008.

Terdahulu, pasar saham global, termasuk Asia, kembali menjunam, pada perdagangan Khamis lalu. Bursa Shanghai dan Shenzhen berada pada pasaran melemah berikutan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi China yang masih belum reda.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor