BENTONG - Penduduk Bentong, khususnya pengguna jalan Bentong-Raub atau juga dikenali sebagai jalan 8 berhampiran simpang masuk Felda Lurah Bilut gembira jalan terbabit kini telah dibaik pulih.
Ahli Majlis Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Yip Seng Lam berkata, pengguna merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atas usaha yang dilakukan itu.
“Simpang memasuki Felda Lurah Bilut ini agak bahaya memandangkan garisan kuningnya sudah pudar.
“Kami bersyukur kerana tindakan telah diambil dan berterima kasih atas keprihatinan pihak JKR yang telah melakukan kerja-kerja mengecat baharu jalan di simpang Felda Lurah Bilut ini,” katanya, kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dengan adanya garisan yang dicat baharu itu, ia dapat mengelak kejadian kemalangan jalan raya daripada berlaku. - Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor