Pages

Friday, January 15, 2016

[BENTONG] HIMPUNAN MELAYU (HIKMAH) DI JANDA BAIK



Satu program yang dinamakan Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) akan diadakan di Rumah Pak Habib, Janda Baik. Semua yang berminat dijemput hadir.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007).

HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik apabila seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman.

Ianya turut mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Untuk program HIKMAH yang bakal diadakan di Janda Baik :

Tarikh : 30 dan 31 Januari 2016,
Lokasi : Rumah Pak Habib, Janda Baik
Tema Pakaian : Berbaju Melayu lengkap atau Busana Tradisional.

Antara tajuk kertas kerja yang akan dibentangkan didalam program HIKMAH nanti adalah :

1. Daripada Demokrasi ke Pemerintahan Beraja : Peralihan Rahman ke Rahim - oleh Radzi Sapiee @ Merah Silu, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis siri novel "Berpetualang ke Aceh"

2. Ahlul Bait keluarga Nabi sebagai Saranan Keselamatan Ummah - TunSuzana Tun Hj Othman, pemimpin NGO Kemudi, penulis buku Ahlul Bait dan Raja-raja Melayu

3. Dinar Dirham dan lain-lain Instrumen Sejati Ekonomi Islam : Membuang debu Riba’ yang Menghalang Kebangkitan Sebenar Ummah - Amirul Haji Mohamad dan/atau Norbaini Hassan, aktivis dan konsultan kewangan Islam

4. Menghidupkan Peranan Raja Zilullah Fil’alam melalui Kuasa Tersirat dalam Perlembagaan – Dr Mad Akbal bin Abdullah, Felo Kanan IKSIM (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)

5. Alam Terkembang Jadikan Guru : Mengambil Pelajaran Daripada Persekitaran - Syed Hussien Alattas @ Pak Habib, penulis buku politik terkenal dan pemilik University of Life, Janda Baik

6. Islam Agama Persekutuan : Menangani Cabaran Liberalisma dan anti-Islam – Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, IKSIM

7. Memahami Tipu Daya Penjajah yang Melemahkan : Merintis Jalan Kebangkitan Ummah – Prof Madya Mat Rofa Ismail, pensyarah kanan Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

8. Semua Agama Asalnya Islam - Menerangkan Kesinambungan yang Hilang – Tuan Kamaluddin Endol (FB Pelita Di Dalam Kaca), mantan pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, penulis buku “Hinduisme Agama Tauhid Terawal?”

9. 'Dikaburkan' atau 'Mengaburkan': Pembinaan Korpus Sejarah Teknologi Senjata Api Melayu – Tuan Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

10. Survival Umat Melayu Akhir Zaman : Sudahkah Kita Bersedia? – Tuan Mohd. Ramalan Yunus, penceramah bebas



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor