Pages

Monday, January 11, 2016

BELI ULAR TEDUNG UNTUK PATUK TANGAN ANAK


Beli ular tedung untuk patuk tangan anak

China - Seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan membeli ular tedung dan membiarkan ular itu mematuk tangan anaknya dengan sengaja.

Memetik laporan Shanghaiist.com, Wang Jongshuai, 33, bertindak sedemikian kerana ingin menyembuhkan anak perempuannya, Wang Menyao yang menghidap penyakit anemia aplastik sejak tahun 2011.

Difahamkan, Jongshuai telah jatuh miskin dan hidup dalam tanggungan hutang setelah menghabiskan seluruh simpanannya untuk merawat ibu dan bapanya yang sakit.

Menyedari keadaan semakin terdesak, Jongshuai sanggup mendengar nasihat rakannya yang mencadangkan idea tersebut untuk merawat anaknya.

Jongshuai yang terpedaya, membeli seekor ular tedung dan membiarkan ular itu mematuk pergelangan tangan anaknya.

Akibatnya, keadaan Menyao jadi semakin teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menyao dirawat dari kecederaan tersebut dan kini disahkan stabil.

Tidak dapat dipastikan sama ada polis membuka kertas siasatan berhubung insiden terbabit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor