Pages

Friday, January 8, 2016

BAUKSIT: MB MINTA RAKYAT PAHANG BERSABAR


Adnan Yaakob


Rakyat Pahang diminta bersabar sementara menunggu kerajaan negeri memikirkan peraturan baharu bagi mengatasi masalah bauksit di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ‎peraturan baharu itu melibatkan tiga aspek iaitu lokasi perlombongan, pengangkutan dan pelabuhan.

"Perkara pertama yang kita minta selepas aktiviti bauksit dihentikan 15 Januari ini ialah melibatkan pelbagai aspek termasuk lokasi perlombongan, pengangkutan dan pelabuhan.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti dua lokasi untuk dijadikan pusat penyimpanan ‎bauksit yang akan disentralkan," katanya.

Beliau juga berkata, dalam masa sama pihaknya akan berbincang dengan agensi yang terlibat seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi sebelum mengeluarkan peratusan baharu.

"‎Saya meminta agar rakyat bersabar kerana kita sedang memikirkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah bauksit ini.

"Saya mengharapkan kerjasama dari semua dalam membantu mengatasi masalah ini dalam dalam masa akan membincangkan dari segi teknikal bersama agensi terlibat," katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bentong, di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor