Pages

Sunday, January 31, 2016

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT GELORA DI PANTAI TIMUR


Angin kencang


Kuala Lumpur - Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan luar pantai negeri-negeri pantai timur serta Sarawak dan Sabah mulai Selasa (2 Februari) hingga Sabtu (6 Februari). 

Kawasan yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan, Kudat dan pantai barat dan pedalaman Sabah, menurut Jabatan Perkhidmatan Meteorolgi Malaysia dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Ia menyatakan angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 km/jam dan ombak setinggi hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

"Keadaan angin kencang dan luat bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, bot nelayan dan perkhidmatan feri," kata kenyataan itu. 

Keadaan cuaca yang serupa dijangka berlaku di Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan pada tempoh yang sama.

Sementara itu, di Condore dan Reef North, keadaan cuaca dijangka berlaku mulai Isnin (1 Feb) hingga Sabtu.

Paras air laut juga dijangka meningkat di kawasasn pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor sehingga Khamis.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor