Pages

Tuesday, January 12, 2016

ADA SISWA SUSAH TAPI TIDAKLAH SAMPAI KEBULURAN


Khairy Jamaluddin


Kuala Lumpur - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui memang ada mahasiswa yang susah di negara ini namun beliau percaya ia tidak sampai ke tahap kebuluran.

Menurutnya, sekiranya Pemuda Umno mengetahui mana-mana mahasiswa mengalami nasib sedemikian, pihaknya pasti sedia membantu.

"Saya tidak kata mahasiswa senang, saya tidak kata tidak ada mahasiswa yang susah tetapi saya rasa tidaklah sampai (tahap) mahasiswa kita kebuluran di Malaysia.

"Kalau ada yang susah, tak cukup duit, saya yakin kementerian pendidikan, universiti boleh bantu dan kalau kita tahu, kita akan bantu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, semalam.

Sebelum ini kecoh di laman sosial dengan kisah mahasiswa ikat perut gara-gara tidak cukup wang hingga menyebabkan ususnya koyak.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengakui bersedih sekiranya kisah yang menjadi viral itu benar-benar berlaku.

"Tetapi mungkin kes ini, mahasiswa itu tidak beritahu sesiapa. Saya rasa sangat sedih bahawa kalau sekiranya kes ini betul, kenapa mahasiswa itu tidak cakap apa-apa kepada universiti, pensyarah, ketua kolej...kepada sesiapalah.

"Memang ada mahasiswa yang susah, tapi saya rasa tidaklah sampai tahap begitu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap berita seperti ini tidak disensasikan dan kesahihannya dipastikan terlebih dahulu.

"Saya rasa tidak ada kes di Malaysia ini di mana mahasiswa itu boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Sedangkan gelandangan di KL pun kita bagi makanan. Jadi, saya sukar nak faham," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor