LOS ANGELES 15 Jan. – Dua adik-beradik mempunyai cara tersendiri untuk mengusik pencuri-pencuri basikal di kawasan perumahan mereka, apabila bertindak memasang peranti renjatan elektrik di bahagian tempat duduk dan pemegang basikal sebelum meninggalkannya di tepi jalan.
Mail Online melaporkan, dengan menggunakan alat kawalan jauh, Jeremy dan Jason Holden akan menekan butang renjatan elektrik bagi mengenakan pencuri yang mahu melarikan basikal yang diletakkan di tepi jalan di bandar raya Los Angeles, baru-baru ini.
Melalui rakaman video berdurasi 2 minit 49 saat yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, dapat dilihat beberapa individu tidak dikenali yang mahu mencuri basikal tersebut, terkejut selepas terkena renjatan elektrik.
Ada di antara pencuri tersungkur di atas jalan berbatu dan terlanggar pokok, gara-gara gagal mengawal basikal berkenaan selepas terkena renjatan elektrik sebelum melarikan diri.
“Apa yang berlaku kawan?, cuba untuk mencuri basikal,” kata adik-beradik Holden kepada pencuri basikal terbabit.
Adik-beradik Holden berkata, video tersebut merupakan sebahagian daripada bahan rakaman yang akan dimasukkan ke dalam filem arahan mereka nanti.
Jeremy dan Jason bersama rakan-rakan mereka terkenal di seluruh Amerika Syarikat kerana sering merakam video-video berbentuk usikan.
Walaupun usikan mereka lebih bersifat mahu mengajar masyarakat, namun adik-beradik tersebut pernah didakwa di mahkamah pada tahun 2014 atas kesalahan bersikap tidak senonoh.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor