
Abang kepada pelawak terkenal Yus Jambu, Jaafar Edoo, 53, mendedahkan, baru-baru ini adiknya bongsunya itu ada menyatakan hasratnya untuk berkahwin semasa pulang ke kampung kira-kira dua minggu lalu.
Bagaimanapun, menurut Jaafar, arwah tidak memberitahu gerangan nama gadis pilihannya namun telah mengumpul duit untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.
“Selain itu, arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya,
“Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu,” katanya.
Tambah Jaafar, adiknya itu tidak pernah melupakan kampung halamannya walaupun sudah bergelar artis.
Yus merupakan anak yatim piatu dan anak bongsu dari tiga adik beradik. Namun arwah hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor