Pages

Thursday, December 3, 2015

USUL BAWA NURUL IZZAH KE JAWATANKUASA DITERIMA


Dewan Rakyat


Kuala Lumpur - Usul agar Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan susulan isu bergambar dengan anak pengganas Sulu, Jacel Kiram dipersetujui oleh Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu dicapai selepas selesai sesi perbahasan yang membawa kepada undi belah bahagi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan undian.

"Yang tidak setuju 77 dan yang setuju usul ini 105.

"Maka yg demikian usul utk rujuk YB Lembah Pantai ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah dipersetujui. Terima kasih," katanya.

Sebelum itu, Izzah diberi peluang untuk memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat sebelum sesi perbahasan dibuka kepada BN dan pembangkang.

Kontroversi gambar Nurul Izzah dan Jacel mendapat reaksi ramai pihak sehinggakan beliau dianggap tidak sensitif terhadap keluarga mangsa tragedi di Lahad Datu.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor