Zhenjiang - Seorang lelaki nyaris maut dan melecur hampir keseluruhan badan terkena renjatan elektrik ketika memanjat sebuah tiang elektrik di kawasan perumahan di bandar Jinhua, wilayah Zhenjiang.
Lelaki yang dikenali sebagai Luo bertindak memanjat tiang elektrik berkenaan selepas dikatakan bergaduh dengan teman wanitanya.
Memetik laporan NetEase, mangsa duduk di atas tiang berkenaan dan kemudian membuat panggilan melalui wayar penghantar sebelum terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan badannya terbakar dan jatuh ke tanah.
Menurut saksi di tempat kejadian, mereka terdengar bunyi letupan selepas terlihat percikan api.
Luo dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun punca pergaduhan pasangan itu masih tidak dapat dipastikan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor