Pages

Monday, December 21, 2015

PELANGGAN KRITIK PERKHIDMATAN MAS




KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan MAS kali ini menerima kritikan apabila bahagian penyimpanan barangan atau kargo syarikat itu didakwa tidak profesional dan beretika.

Rugutan itu dilontarkan oleh individu yang dikenali Nordin Mat melalui penulisannya di laman sosial Facebook miliknya berkenaan insiden yang dialami semasa menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.

Beliau yang menggunakan perkhidmatan kargo untuk penghantaran binatang ternakan untuk dibawa pulang dari Sydney ditunda namun diberitahu pada saat akhir.

Tambahnya lagi kejadian sebegitu bukan pertama kali terjadi dan kerap berlaku sebelum ini.

“Kambing dan lembu sudah masuk dalam kargo sejak jam 3 pagi menunggu ketibaan freighter MAS Kargo pada jam 7 pagi dari Sydney ke KLIA.

“Jam 7 pagi baru mereka umumkan Freighter 747 masih berada di Lapangan Terbang KLIA lagi dan masih belum bertolak pun ke Sydney,” catatnya.

Tambahnya jika penerbangan itu tertunda ia seharusnya diumumkan awal.

“Kambing dan lembu sudah tidak dibenarkan makan sebelum penerbangan kini ambil masa berapa jam lagi nak boleh bagi minum..zalim,” jelasnya lagi.

Sebagai langkah penyelesaiaan kesemua ternakan dibawa pindah ke ladang sementara sejauh 500 kilometer daripada lapangan terbang bagi mengelak kejadian lebih teruk berlaku.

Berkemungkinan jika gagal mendapat perkhidmatan itu ianya akan ditunda ke tahun hadapan.

Tindakan tidak memaklumkan terlebih dahulu menyebabkan beliau berputus asa dan kecewa dengan perkhidmatan tersebut.

“Susah sangat untuk beritahu.

“Sudah dua penghataran kami buat dengan SQ Airlines elok sahaja tiada masalah walaupun susah sedikit kerana perlu turun di Lapangan Terbang Senai,” katanya.

Tambahnya terdapat banyak penerbangan lain yang boleh menjadi pilihan apabila aduan dan kritikan tidak diendahkan.

Ujarnya, perkhidmatan sebegitu menyebabkan usaha anak Malaysia berniaga GLC Malaysia akan terjejas kerana perkhidmatan sedemikian rupa.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor