KLANG - Mangsa banjir bertambah masuk hari kedua apabila seramai 67 orang melibatkan 21 keluarga lagu dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Sekolah kebangsaan Abdul Samad, Kapar dan dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir kini adalah seramai 283 orang melibatkan 70 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan berkenaan.
Menurutnya, seramai enam orang melibatkan lima keluarga dipindahkan ke SK Abdul Samad menjadikan angka keseluruhannya kini 64 orang melibatkan tujuh keluarga.
"Di dewan Merak, SMK Meru pula, sejumlah 61 orang melibatkan 16 keluarga ditempatkan di dewan itu menjadikan angka keseluruhannya, 172 orang melibatkan 43 keluarga.
"Jumlah keseluruhan ini dicatatkan sehingga jam 4 petang semalam," katanya kepada Sinar Harian ketika turut melawat mangsa banjir di dewan Merak, SMK Meru, petang tadi.
Sementara itu, katanya, pusat pemindahan mangsa banjir di dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kampung Kuantan ditutup secara rasmi selepas air di kawasan kediaman mangsa beransur surut.
Zaidi berkata, pusat pemindahan itu ditutup sekitar jam 3.30 petang dan semua mangsa dibenarkan pulang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor