Notingham - Walaupun telah disimpan 46 tahun lalu, namun sebiji kek yang dibuat pada tahun 1969 berada dalam keadaan masih elok.
Kek berkenaan ditemui masih dalam keadaan berbalut oleh keluarga seorang wanita ketika mengemas dapur selepas kematiannya di Nottingham.
Kek itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Mikrobiologi, Universiti Nottingham untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia masih boleh dimakan atau tidak.
Pakar mengukus kek tersebut terlebih dahulu selama lima jam untuk membunuh bakteria sebelum merasanya Profesor Christine Dodd berkata, kek berkenaan sedikit kering namun mempunyai rasa yang sedap.
"Ia dibalut secara tradisional dan kelihatan elok, rasanya sangat sedap.
"Kami berminat untuk melihat bagaimana kek berkenaan disimpan kerana ia masih elok sehingga hari ini," katanya dipetik Mirror.uk.
Kek berkenaan dibuat untuk sebuah majlis perkahwinan yang diadakan tahun 1969.
Penggunaan alkohol yang tinggi menyebabkan kek berkenaan masih elok sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor